fbpx
Aktivis dan pemimpin GSF, Ávila dan Abukeshek dijangka dibebaskan daripada tahanan Israel hari ini selepas lebih seminggu ditahan.

Dua aktivis Global Sumud Flotilla dibebaskan Israel hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua aktivis dan pemimpin Global Sumud Flotilla (GSF), Thiago Ávila dan Saif Abukeshek dijangka dibebaskan daripada tahanan Israel hari ini selepas lebih seminggu ditahan pihak berkuasa negara itu.

Menurut kenyataan badan hak asasi manusia Adalah, agensi perisikan Israel, Shabak telah memaklumkan kepada pasukan peguam mereka bahawa kedua-dua aktivis itu akan diserahkan kepada pihak imigresen Israel sebelum proses pengusiran keluar dari negara berkenaan dilaksanakan dalam beberapa hari lagi.

Adalah berkata, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan tersebut bagi memastikan proses pembebasan dan pengusiran berjalan lancar.
“Ávila dan Abukeshek ditahan secara tidak sah oleh Israel selama lebih seminggu selepas dibawa ke pusat tahanan Israel sejak awal pagi Khamis, 30 Mei lalu apabila mereka diculik tentera laut Israel,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh tahanan, kedua-dua aktivis berkenaan ditempatkan dalam pengasingan penuh serta berdepan layanan berbentuk hukuman walaupun misi mereka bersifat aman dan awam.

Malah, kedua-duanya dilaporkan melancarkan mogok lapar sejak hari pertama ditahan, manakala Abukeshek turut meningkatkan protes dengan enggan minum air bermula 5 Mei lalu.

Adalah turut menegaskan bahawa kedua-dua aktivis itu ditahan ketika berada di atas kapal berbendera Itali, sekali gus meletakkan mereka di bawah bidang kuasa Itali.

“Tindakan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan kerajaan Itali juga telah mengutuk tindakan Israel itu sebagai tidak sah,” menurut kenyataan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN