Dalam hiruk-pikuk persiapan hari bahagia yang sering dipenuhi tekanan dan detik cemas, muncul kini satu perkhidmatan yang kian mendapat tempat dalam kalangan bakal pengantin di Malaysia iaitu ‘bride assistant’ atau pembantu pengantin. Bukan sekadar membantu membetulkan layah, tudung atau gaun, peranan ini berkembang menjadi ‘tulang belakang’ di sebalik kelancaran majlis, memastikan setiap detik berjalan seperti yang diimpikan. Bagi Suhana Azman, 27, tindakan melantik ‘bride assistant’ bagi majlis perkahwinannya tahun lalu adalah antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya. “Saya seorang yang……














