fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir landa 9 negeri hingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk Labuan hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin).
“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau),” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang (Lawas).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN