fbpx
KEADAAN kereta mangsa yang terbabas dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Besar Jengka 12 di Maran malam semalam.

Dua sahabat maut kereta terbabas rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Dua sahabat maut selepas kerreta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Besar Jengka 12 di sini malam semalam.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ali Mohamed Saat, 31, dan penumpang hadapan, Mohamad Arif Danial Ramli, 23.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari arah Jengka 13 menghala ke Bandar Pusat Jemgka.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta jenis Perodua Axia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik. Akibat kejadian pemandu dan penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, mana-mana saksi yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN