fbpx
Status usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila terus menjadi tanda tanya apabila tular video ucapan selamat datang ke Bali, Indonesia kepadanya.

‘Selamat datang ke Bali Puan Noor Nabila dan suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Status usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila terus menjadi tanda tanya apabila tular video ucapan selamat datang ke Bali, Indonesia kepadanya.

Paling menarik perhatian ramai adalah ucapan daripada rumah penginapan yang didiaminya turut mengucapkan selamat datang kepada jejaka yang disebut sebagai suami Nabila.

“Selamat datang ke Bali Puan Noor Nabila dan suami.

“Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan sepanjang percutian kalian di Bali.

“Harap kalian merasai pengalaman percutian yang hebat bersama kami dan semoga bertemu lagi,” katanya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen termasuk dakwaan bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu merahsiakan pernikahannya.

“Suami? Kenapa saya tak tahu Nabila sudah kahwin?

“Memang sudah nikah atau pemilik video itu salah?

“Eh? Bila Nabila nikah?” komen netizen.

Sehingga kini, Nabila masih mengunci mulut dan belum memberi sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Nabila pada April lalu mengaku kini sedang mengenal hati budi seorang jejaka berjambang yang dikongsi dalam akaun media sosialnya.

Sebelum ini, dia mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian sebelum bernikah dengan Sharnaaz pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Nabila seterusnya bernikah dengan Engkủ Emran Engku pada Mac 2021, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun berikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN