fbpx
Marissa Dania bersama adiknya, Maria Danisha Hakim akan menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perniagaan di sebuah pusat pengajian tinggi swasta.

Keputusan SPM memberangsangkan, Marissa Dania masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bakal menjalani kehidupan sebagai mahasiswa, pempengaruh Marissa Dania akan menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perniagaan di sebuah pusat pengajian tinggi swasta.

Berita gembira itu dikongsikan bapanya juga pelakon, Norman Hakim yang mengatakan, berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak keduanya itu akan berada di bawah Fakuti Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan dengan adiknya, Maria Danisha Hakim.

“Melihat keputusan SPM Marissa yang memberangsangkan dan penerimaan sangat positif atas proposal dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah.

“Kedua-duanya akan mengambil jurusan sama dalam Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Ijazah akan lebih khusus pada akauntan buat Danisha dan sumber manusia buat Marissa,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Pada masa sama, Norman turut menyatakan pihak pengurusan universiti memberikan kelonggaran kepada Marissa untuk berulang-alik ke kampus tanpa perlu tinggal di hostel.

Katanya, memandangkan puterinya itu mempunyai komitmen terhadap perniagaan, budi bicara pihak pentadbir sangat dihargai.

Menerusi ruangan komen ramai netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada dua bersaudara itu terutama terhadap Marissa.

“Pengalaman mematangkan. Terus terbang tinggi Marissa dan adik. Jalan terus ke depan okey,” tulis seorang pemilik akaun Instagram.

Ketika ini, Marissa yang merupakan isteri kedua kepada pempengaruh, Ahmad Aslam masih menjadi perhatian berikutan kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur masih belum diputuskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN