fbpx
KEADAAN Perodua Myvi yang terlibat kemalangan dengan lori di hadapan simpang Kampung Sadek, Jalan Baru Kulim/Baling/Gerik, Baling tengah malam tadi.

Bayi maut kemalangan, pemandu lori positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di hadapan simpang Kampung Sadek, Jalan Baru Kulim/Baling/Gerik, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, ibu bapa mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kematian bayi terbabit dari Hospital Baling pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

Katanya, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Baling.

Menurut Brandon, siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori.

“Kereta Perodua Myvi itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun bersama penumpang iaitu isteri berusia 41 tahun dan anak berusia lima bulan dari arah Gerik menghala ke Kupang.

“Lori pula dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dari arah sama iaitu dari arah Kelantan menghala ke arah Pulau Pinang. Kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut selepas saringan awal ujian air kencing mendapati positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN