fbpx
KEADAAN motosikal mangsa yang remuk akibat pertembungan dengan sebuah kereta di Beseri, dekat Padang Besar semalam.

Pelajar parah motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera parah selepas motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar sebuah kereta yang masuk simpang secara tiba-tiba di Jalan Semadong-Beseri di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri menuju ke rumahnya di Kampung Jalan Kaki Bukit dikatakan tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku.

“Identiti serta nombor pendaftaran kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami pendarahan dalam kepala, luka pada bahagian dagu selain patah kaki kanan akibat kemalangan tersebut.

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN