SUNGAI PETANI – Keluarga wanita yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga akan menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin sehingga prosiding ke atas tertuduh selesai di mahkamah. Abang mangsa, Mohd. Firdaus Moktar, 45, berkata, dia hadir pada prosiding pendakwaan semalam yang menyaksikan tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan adiknya, Nurfitri, 39, sehingga parah. “Saya sekeluarga akan terus melakukan solat hajat dan berdoa sepanjang kes ini berjalan di mahkamah. “Jika berkesempatan, saya akan hadir pada……














