BAGAIKAN seiring dengan trend semasa, semakin ramai wanita tampil berkongsi pengalaman terpaksa menanggung beban kewangan keluarga. Tekanan kos sara hidup menjadi sebahagian faktor utama apabila satu sumber pendapatan utama iaitu suami, tidak lagi mencukupi. Situasi itu menyebabkan para wanita atau isteri terdorong untuk membantu pasangan masing-masing dalam memastikan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, sikap ihsan tersebut disalah guna dan diambil kesempatan sehingga dianggap sebagai kewajipan oleh pihak suami. Peguam Syarie Mohd. Anuar & Co, Muhammad Afiq Taqiyuddin……














