fbpx
Choon Foo (tengah) bersama pasukan Kor Kadet PDRM Gua Musang pada Program Penutup Latihan Tahunan Kor Kadet PDRM Peringkat Negeri Kelantan di Taman Etnobotani, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Pembantu warden asrama dicekup ‘sentuh’ pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang pembantu warden di sebuah sekolah menengah di sini ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan lima pada hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa semalam sebelum suspek ditahan pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang pembantu warden asrama yang berusia 37 tahun di sebuah sekolah menengah di sini pada 30 April lalu.

“Mangsa mendakwa telah dipanggil oleh suspek kira-kira pukul 12.30 tengah malam ke bilik tetamu asrama lelaki sekolah tersebut selepas didapati melakukan kesalahan iaitu bermain telefon bimbit pada waktu malam.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian terbabit memaklumkan kepada gurunya sebelum dibawa untuk membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Penutup Latihan Tahunan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Negeri Kelantan di Taman Etnobotani di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN