KUALA LUMPUR – Tempoh awal selepas kelahiran sering menjadi fasa mencabar bagi setiap ibu baharu, khususnya apabila berdepan isu penyusuan bayi yang tidak berjalan seperti diharapkan.
Antara cabaran utama ialah mengeluarkan kolostrum, iaitu susu peringkat awal yang amat penting untuk bayi.
Konsistensinya yang lebih pekat berbanding susu matang menjadikannya sukar dipam menggunakan kaedah biasa dan alatan sedia ada, sekali gus boleh menyebabkan ketidakselesaan selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu yang masih dalam proses pemulihan.
Seiring keperluan itu, pakar penjagaan ibu dan bayi, Mamaway memperkenalkan pam susu boleh pakai terbaharu, iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro.
Pam susu ini direka bagi membantu ibu melalui fasa awal penyusuan dengan lebih selesa dan praktikal.
Malah, pam susu ini merupakan peranti pertama seumpamanya di Malaysia mengautomasikan proses pemerahan susu dengan pendekatan yang lebih lembut dan menyokong fisiologi semula jadi tubuh.
Peranti berkenaan menggabungkan teknologi pemanasan terkawal bersama bio-gelombang inframerah jauh (FIR) bagi menyokong pengeluaran susu secara lebih semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada sedutan tinggi.
Pendekatan ini membantu melembutkan susu yang lebih likat serta merangsang aliran dalam tisu payudara.

Pakar perunding farmasi dan kesihatan, Fontaine Fong Mei Ling (MPharm) berkata, pendekatan berbeza perlu diambil dalam menguruskan fasa kolostrum berbanding peringkat seterusnya dalam penyusuan.
“Fasa kolostrum mempunyai ciri fisiologi yang berbeza, susu lebih likat dan memerlukan rangsangan yang lebih lembut, bukannya sedutan yang lebih kuat.
“Bukan itu sahaja, kolostrum merupakan sumber imun yang sangat pekat, kaya dengan Immunoglobulin A (IgA) dan laktoferin, yang bertindak sebagai vaksin pertama untuk bayi,” katanya yang telah menceburi bidang perundingan farmasi dan kesihatan selama lebih 17 tahun.
Beliau menyatakan cabaran dalam penyusuan bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya boleh ditangani dengan sokongan yang bersesuaian termasuk penggunaan teknologi yang direka dengan teliti.
Terangnya, penting untuk kita mengakui bahawa cabaran dalam penyusuan bayi baru lahir adalah sesuatu yang lazim.
“Dengan sokongan yang betul sama ada melalui pendidikan, bimbingan kesihatan, atau penggunaan alat yang sesuai seperti Mamaway iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro, yang merupakan inovasi pertama seumpamanya di Malaysia yang mengautomasikan proses ini, kebanyakan cabaran ini boleh diuruskan dan dikawal dengan berkesan.
“Proses penyusuan akan lebih mudah diurus dalam jangka masa panjang dengan bantuan teknologi baharu seperti pam susu terbabit.
“Inovasi seperti ini, apabila direka bentuk berpandukan keperluan ibu-ibu baharu, mampu membantu meningkatkan keselesaan, menyokong refleks pengeluaran susu, dan membolehkan proses pemerahan yang lebih berkesan,” tambahannya.
Di samping dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti bengkak susu dan saluran tersumbat, penggunaan pam susu tersebut juga dilihat dapat memberi ketenangan kepada ibu dalam tempoh penyesuaian selepas bersalin selain boleh digunakan pada kedua-dua payudara secara serentak tanpa perlu dipegang.
Sempena sambutan Hari Ibu, Mamaway memperkenalkan pakej promosi khas dikenali sebagai The Ultimate Hands-Free Duo, yang merangkumi pam susu iLatch R3 Pro bersama tiga helai pakaian dalam wanita tanpa jahitan, ditawarkan pada harga RM1,559.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi Mamaway https://my.mamaway.com serta halaman media sosial mereka di Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE














