PETALING JAYA – Banjir kilat yang menenggelamkan Medan Selera Jaya 223, Seksyen 51A, di sini kelmarin berlaku terlalu pantas meskipun hujan lebat hanya turun kira-kira 15 minit mengakibatkan peniaga di situ gagal menyelamatkan barangan perniagaan mereka. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila air naik mendadak sehingga paras dada sekali gus menjadi kejadian yang paling buruk tahun ini. Seorang peniaga, Jamaliah Yusof, 62, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan atau mengalihkan kenderaannya sehingga ditenggelami air. “Saya panik, baru sahaja keluar solat, cakap…














