PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, hujan lebat melibatkan kawasan Pahang (Jerantut, Bera dan Rompin), seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Cuaca buruk turut melibatkan Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang)
“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














