GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di pos pedalaman di sini menyuarakan kebimbangan apabila Projek Jalan Perhubungan Desa bernilai RM190 juta didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan tanpa sebarang aktiviti pembinaan. Situasi itu dikhuatiri memberi kelewatan kepada penyiapan projek berkenaan sehingga boleh menjejaskan pergerakan penduduk terutama menjelang musim tengkujuh akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, sejak awal tahun ini tiada kerja pembinaan dilakukan di sepanjang jajaran jalan sejauh kira-kira 94 kilometer…














