ADA orang suka hidup dalam kelompok. Segelintir pula suka sendiri-sendiri. Masing-masing ada keselesaan tersendiri. Baik dari segi pro dan kontranya. Tiada salahnya. Janji pandai membawa diri. Namun, ketenangan ini diragut. Yelah kita tidak boleh lari daripada kecenderungan seseorang menilai orang lain dengan cepat. Tanpa memahami situasi sebenar. Tiba-tiba buat kesimpulan tanpa fakta lengkap. Suka melabel. Awak suka warna pink. Itu ikut awaklah. Saya suka warna biru. Awak pakai Subaru. Orang lain beli Perodua awak ejek. Padahal bulan-bulan masing-masing keluar duit…














