fbpx
Gambar yang dikongsikan di media sosial Sumud Nusantara Official, hari ini.

Delegasi Malaysia teruskan misi selepas dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peserta delegasi Malaysia yang baharu sahaja dibebaskan meneruskan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) dengan membantu aspek persiapan kapal-kapal yang akan berlepas dari Turkiye.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan oleh Sumud Nusantara Official di media sosial, hari ini.

“Selain itu, kapal Family Madeira juga akan kembali menyambung semula pelayaran selepas insiden serangan dron di Tunisia semasa misi GSF 1.0 pada tahun lalu,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk terus menyokong dan melaksanakan misi pelayaran GSF 2.0 meskipun berdepan insiden penculikan aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia oleh Israel, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor yang juga Menteri Penaung Misi GSF, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sokongan terhadap misi kemanusiaan itu bukan sahaja tidak terjejas, malah diperkukuh sebagai tanda menghargai pengorbanan aktivis yang sanggup berdepan risiko demi membantu rakyat Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN