fbpx
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Kluang membawa turun Muhamad Nur Hakimi selepas dilaporkan pengsan akibat sesak nafas ketika menuruni Gunung Lambak di Kluang, petang semalam. FOTO IHSAN BOMBA

Pekerja kilang maut, sesak nafas daki Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Kegembiraan empat sekawan dari Felda Sungai Sibol, Kulai yang berhasrat menawan puncak Gunung Lambak di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas mengalami sesak nafas dan pengsan ketika dalam perjalanan turun, petang semalam.

Mangsa, Muhamad Nur Hakimi Mohd Haris, 32, yang bekerja di sebuah kilang di Kulai, disahkan meninggal dunia selepas berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 1.42 petang mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di atas gunung tersebut pada ketinggian kira-kira 800 meter dari aras laut.

“Operasi menyelamat dijalankan bersama pasukan bomba, namun hujan lebat di lokasi kejadian menyukarkan usaha membawa turun mangsa, bagaimanapun mangsa berjaya dibawa turun 6.15 petang. Penolong Pegawai Perubatan mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk tindakan lanjut selepas pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Ridzuan Mohd. Zait berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.28 petang sebelum seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira 2,300 meter dari kaki gunung sebelum dibawa turun menggunakan pengusung dan tali penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN