fbpx
MOHD. KHAIRIL mencuba kenderaan elektrik yang dimenanginya sambil diperhatikan Fadzli pada acara RXZ Fighter 3.0 di Serambi Teruntum, Kuantan semalam.

Datang naik RXZ, pulang pandu EV RM132,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pekerja am landskap tidak menyangka kehadiran kali pertamanya ke ­acara permotoran RXZ Fighter 3.0 di Serambi Teruntum semalam membawa tuah apabila dia berjaya membawa pulang kende­raan elektrik (EV) iCaur bernilai kira-kira RM132,000.

Mohd. Khairil Azizi Kamaruzzaman, 29, berkata, dia terkejut apabila namanya dipanggil untuk menjadi pengunjung bertuah dalam acara tersebut.

“Ketika itu saya berada di pintu utama dan terus berlari ke depan selepas nama dipanggil.

“Alhamdulillah ini rezeki dan ini adalah kereta pertama saya. Sememangnya saya tidak mampu untuk membeli kereta ini,” katanya ketika ditemui pada acara RXZ-Fighter 3.0 di Serambi Te­runtum di sini semalam.

Menurut cucu kepada pe­neroka Felda Jengka itu, dia baru beberapa bulan bekerja di Kuantan selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur dan akan menggunakan kereta berkenaan untuk pulang ke kampung di Jengka 20.

“Ada yang ‘berbisik’ kepada saya sama ada mahu menjual kereta tersebut, tetapi buat masa ini saya belum mahu menjualnya lagi.

“Saya rasa kereta ini membawa tuah, walaupun tidak pernah membawa kereta elektrik sebelum ini, saya yakin kereta ini amat menarik dan berbaloi dalam keadaan harga petrol yang tinggi ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung bertuah yang memenangi motosikal RXZ, Zahrul Nizam Baharom, 33, berkata, kemenangannya itu adalah rezeki anaknya yang baru lahir pada 26 Februari lalu.

Pemandu lori itu berkata, kemenangan itu amat bermakna kerana dia dapat menambah satu lagi koleksi motosikal Yamaha RXZ selain motosikal RXZ yang dimilikinya sejak remaja.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, penganjuran acara permotoran RXZ Fighter 3.0 tahun ini terus mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN