fbpx
SAR hari ketiga kanak-kanak perempuan 9 tahun dikhuatiri lemas di Bandar Mahkota Cheras diperluas hingga di Sungai Langat hari ini.

Tiada petunjuk baharu, SAR kanak-kanak lemas diperluas 29km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas masih diteruskan tanpa sebarang petunjuk baharu setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Izman Adnan berkata, tumpuan operasi kini menjurus ke kawasan mangsa dipercayai terjatuh sehingga ke Sungai Langat dengan radius pencarian diperluaskan sehingga 29 kilometer.

Jelasnya, pencarian melibatkan jarak lima kilometer dari lokasi kejadian di Pangsapuri Sri Hijau hingga ke Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.

“Pencarian turut diteruskan di Sungai Langat sejauh 24 kilometer menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui dan operasi diteruskan mengikut perancangan serta kaedah penugasan yang telah disusun.

“Seramai 50 anggota terlibat dan dibahagikan kepada beberapa pasukan bagi memperluaskan skop pencarian.

“Pasukan A menjalankan pencarian di Sungai Langat melibatkan radius sejauh 2.4 kilometer, manakala pasukan B menyusuri lokasi mangsa dipercayai jatuh sehingga jarak 1.4 kilometer,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN