fbpx
VILLA perlu bangkit daripada kekalahan pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa untuk meraih kemenangan berdepan Spurs. - AFP

EPL: Aston Villa resah kebangkitan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery memberi amaran buat pemainnya supaya berwaspada dengan ancaman Tottenham Hotspurs apabila kedua-dua pasukan bertemu di Villa Park, awal pagi esok.

Emery mengakui bimbang terhadap kualiti Spurs dan jurulatih baharunya, Roberto De Zerbi dan pengurus dari Sepanyol itu mahu pasukannya memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan bermain di Villa Park.

“Kami semestinya perlu memanfaatkan aksi di Villa Park. Ia akan memberi suntikan buat kami memperoleh kemenangan pada perlawanan kali ini,” katanya.

Mengambil kira situasi yang sedang menghimpit Spurs ketika ini, Emery sedar lawannya itu akan melakukan apa saja demi menyelamatkan pasukan daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

“Mereka memiliki pemain berpengalaman dan saya jangkakan perlawanan ini akan jadi sukar. Kami perlu tampil sehabis baik sama ada dari segi taktikal dan aspek individu untuk mengekang kemaraan mereka.

“Setiap perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris adalah sukar, mereka (Spurs) memiliki pemain dan jurulatih yang bagus. Mungkin mereka perlu ambil masa untuk menetapkan taktikal sama seperti di Brighton,” katanya.

Villa yang kini berada di tangga kelima dengan 58 mata juga sedang mencuba untuk terus mendapatkan mata bagi mempertahankan slot ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN