KAJANG – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian orang hilang (OH) itu kira-kira pukul 12.29 tengah hari semalam.
“OH dikenali sebagai Nur Airis Marissa Azlan, berusia 16 tahun 10 bulan dan berketinggian kira-kira 151 sentimeter, berat 65 kilogram, berbadan gempal, bertudung, berambut lurus serta berkulit sawo matang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, alamat terakhir OH adalah di No. 58, Jalan Kesuma 5/1L, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff di talian 011-54539190. – KOSMO! ONLINE














