SINGAPURA – Seorang lelaki mengundang kecaman orang ramai apabila dirakam memakan kentang goreng dan durian dalam dua kejadian berasingan di sebuah perpustakaan di Singapura, lapor portal berita Stomp kelmarin.
Kejadian itu berlaku di Perpustakaan Choa Chu Kang.
Rakaman video yang diambil pada pukul 7.25 malam (waktu tempatan) menunjukkan lelaki terbabit duduk bersila di atas kerusi sambil menikmati kentang goreng.
“Dia makan kentang goreng di dalam perpustakaan. Apabila kakitangan memintanya untuk keluar, dia hanya mengabaikan arahan itu dan terus makan,” kata perakam.
Selepas rakaman menjadi tular, seorang pengunjung bernama Jian Wei memberitahu bahawa dia pernah melihat lelaki tersebut menikmati durian sebanyak dua kali di tempat sama pada 2025.
Lembaga Perpustakaan Negara (LMB) dalam satu kenyataan berkata: “Jika pengunjung itu kekal dengan tingkah laku yang mengganggu orang lain, kami mungkin tidak membenarkan dia masuk pada kunjungan berikutnya.” – AGENSI














