fbpx
Sebahagian anggota bomba berkemas pulang selepas berjaya memadamkan sepenuhnya kebakatan hutan paya gambut di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun hari ini.

Kebakaran Hutan Paya Gambut Kuala Abang padam sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kebakaran Hutan Paya Gambut Kuala Abang di sini yang terbakar sejak 23 April lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi@Nasir berkata, operasi pemadaman baki 1.5 hektar masih terbakar sebelum ini dicepatkan dengan bantuan hujan lebat yang melanda daerah ini pada pukul 7 pagi.

“Alhamdulillah kebakaran hutan paya gambut berhampiran Kampung Baru Kuala Abang di sini berjaya dipadamkan sepenuhnya sebentar tadi. Kebakaran sejak lebih seminggu lalu itu telah memusnahkan kira-kira 34 hektar kawasan hutan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, sebelum ini, operasi pemadaman kebakaran hutan tersebut dilakukan tanpa henti 24 jam sehari melihatkan 90 anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN