fbpx
Mohd. Fatah menunjukkan gambar kenangan ibu dan bapa mentuanya ketika meraikan hari lahir pada Ogos tahun lalu. – NOR AINNA HAMZAH

Beli kain kafan sendiri sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang lelaki tidak menyangka rutin mingguan ibu dan bapa mentuanya menghadiri kuliah agama di madrasah ber­akhir dengan tragedi apabila pasangan itu maut dalam kemala­ngan di Kilometer (KM) 19, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, malam kelmarin.

Nahas pada pukul 7.30 malam itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Saga, Alwi Yusof, 75, dan isterinya, Rasmah Pilus, 65. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Menantu mangsa, Mohd. Fatah Abdullah, 49, berkata, kebiasaannya ibu dan bapa mentuanya bertolak dari rumah di Kampung Bayai Lama dalam keadaan berwuduk dan menunaikan solat maghrib sebaik tiba di madrasah di Serting Hilir.

“Pada pukul 8 malam tadi (kelmarin), sewaktu mahu ke masjid untuk mengimamkan solat isyak, saya terima panggilan daripada rakan yang memaklumkan melihat kereta bapa mentua dan mayat yang sudah dibungkus dalam plastik hitam.

“Saya segera ke lokasi dan mendapati mereka sudah me­ninggal dunia. Saya lihat makanan yang dibawa untuk disedekahkan pada kuliah agama bertaburan di lokasi,” katanya ketika ditemui di Hospital Jempol, di sini semalam.

Cerita lelaki itu, sebulan sebelum kejadian, arwah ibu mentua­nya yang dipanggil umi membeli kain kafan dan berpesan supaya menggunakan kain tersebut sekiranya berlaku kematian.

“Arwah menyiapkan kain kafannya sendiri. Arwah umi juga membeli al-Quran kecil lima bulan lalu dan berpesan kepada anak cucunya supaya membaca al-Quran tersebut sekiranya dia meninggal dunia,” katanya.

Mohd. Fatah tidak menyangka ibu dan bapa mentuanya pergi dengan begitu cepat, namun reda dengan ketentuan Ilahi. Jenazah pasangan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bayai Lama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, nahas berlaku apabila kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN