fbpx
TANGKAP layar seorang lelaki yang melarikan barang kemas di sebuah kedai emas di Jerantut semalam.

Pura-pura beli gelang, cincin tunang…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Berpura-pura mahu membeli barangan kemas untuk majlis pertunangan sebelum melarikan aksesori tersebut. Itu helah yang digunakan seorang lelaki yang melarikan barang kemas di sebuah kedai emas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, kejadian pada pukul 2 petang itu menyebabkan pemilik premis tersebut mengalami kerugian sebanyak RM25,900.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berpura-pura mahu membeli barang kemas apabila meminta jurujual mengeluarkan aksesori tersebut. Apabila jurujual mahu mengambil semula barang itu, suspek melarikan emas tersebut,” katanya hari ini.

Antara barangan kemas yang dilarikan ialah tiga utas rantai tangan, sebentuk cincin emas dan sebentuk cincin suasa bernilai RM25,900

Katanya, polis sudah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan berdasarkan siasatan awal, suspek beredar dari premis tersebut dengan menunggang motosikal.

Gerakan memburu lelaki itu sedang giat dijalankan.

“Polis menasihatkan semua pemilik kedai emas dan jurujual supaya berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN