PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk Labuan hingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
Selain itu, hujan lebat turut melibatkan kawasan Kuala Lumpur dan Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).
“Di Sarawak, cuaca buruk diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang,” lapor MetMalaysia.
Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).
Dalam masa sama, seluruh Labuan juga akan terkesan dengan ribut petir dan hujan lebat bagi tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE













