fbpx
SEPASANG suami isteri warga asing ditahan kerana memiliki dadah dan senapang angin dalam Ops Taring Laras, di Bera semalam.

Suami isteri ditahan miliki dadah, senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Sepasang suami isteri warga asing ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam Op Taring Laras di rumah tidak bernombor di ladang sawit Felda Purun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7.50 malam itu, polis turut merampas senapang angin yang ditemui di rumah pasangan warga asing berumur 43 dan 40 tahun itu.

“Hasil saringan awal air kencing terhadap suspek lelaki itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, sementara ujian saringan awal air kencing terhadap suspek wanita adalah negatif. Suspek lelaki mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu lebih kurang sebulan lalu, manakala tiada pengakuan direkodkan daripada suspek wanita,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Katanya, pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN