fbpx
Gambar hiasan.

Tiga lelaki menyamar polis ‘pau’ warga asing diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis dan meminta sejumlah wang tunai daripada lelaki warga asing di kawasan Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.30 petang daripada mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai.

“Mangsa menyatakan didatangi tiga lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai anggota polis dan meminta wang tunai berjumlah RM3,000 bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.

“Hasil maklumat awam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor telah bertindak pantas dan menahan tiga lelaki tersebut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan hasil ujian air kencing terhadap kesemua suspek didapati negatif.

“Kesemua suspek berusia lingkungan antara 42 hingga 59 tahun ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN