fbpx
SUSPEK kes pukul isteri tiba di pekarangan Mahkamah Sungai Petani pagi ini. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN

[VIDEO] Lelaki pukul isteri hingga keguguran tiba di Mahkamah Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights, di sini Khamis lalu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani bagi proses reman.

Suspek yang berpakaian lokap dan berpelitup muka tiba dengan kereta polis kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Beberapa ahli keluarga mangsa dilihat turut berada di pekarangan mahkamah.

Kosmo! semalam melaporkan suspek yang dikehendaki berhubung kes memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights Khamis lalu akhirnya diberkas di Alor Setar, dekat sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berjaya ditahan pada petang semalam dan proses permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sungai Petani hari ini.

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu, keluarga mangsa menyifatkan lelaki tersebut sebagai suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Mereka turut berharap suspek segera ditangkap dan diadili mengikut proses undang-undang.

Selain mangsa penjawat awam berusia 39 tahun dicederakan, lelaki itu dipercayai sedang berdepan proses mahkamah berhubung kes mencederakan bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu, mangsa dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu hingga patah.

Selain itu suspek turut didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan berjumlah RM50,000.

Pasangan tersebut dikatakan berkahwin di Thailand pada Disember lalu, namun belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN