fbpx
Gambar hiasan.

‘Aku ni mak! Mana ada dosa dengan anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Luahan emosi anak-anak terhadap sikap segelintir ibu bapa yang didakwa enggan mengakui kesilapan sendiri tular di media sosial, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa apabila teguran terhadap ibu bapa sering dianggap sebagai perbuatan derhaka, walhal mereka merasakan wujud layanan tidak adil dan menyakitkan hati daripada pihak berkenaan.

Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman pahit apabila ibunya didakwa bersikap narsistik dan enggan mengakui kesalahan.

“My mom (ibu saya) punya narsistik…’Aku ni mak, mak mana buat dosa!’ Aku dengar je ayat tu, aku terus ambil keputusan untuk keluar dari rumah esok tu juga,” luahnya.

Menurut pengguna tersebut, keputusan tersebut dibuat demi menjaga kesihatan mental selain menjauhkan diri daripada konflik berpanjangan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok berharap lebih banyak perbincangan terbuka diadakan bagi menegur sikap ibu bapa yang dilihat ‘kebal’ daripada kritikan.

“Tolong banyakkan lagi ceramah dalam menegur dosa ibu bapa terhadap anak sebab ada ibu bapa ni selalu anggap dia tak salah. Bila ditegur, mula cakap anak tak boleh nasihat ibu bapa,” ujarnya.

Turut berkongsi pandangan, pengguna di Threads meluahkan rasa tertekan apabila usaha membantu keluarga tidak dihargai, malah dirinya sering dipersalahkan.

“Aku dah bertungkus lumus cari duit untuk sara keluarga tapi perangai aku juga dia nampak salah. Habis canang dekat sedara mara. Sampai aku nak balik kampung pun segan takut jadi bahan mulut orang lain,” luahnya.

“Saya dah penat dengan perangai mak saya, dari kecil ye macam tu sampai dah kahwin, lepas itu asyik cari salah anak-anak, dia akan cakap anak-anak kena mintak maaf dengan mak bapa bukan mak bapa kena minta maaf dengan anak-anak,” kongsi seorang wanita di ruangan komen TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN