fbpx
Anwar berucap pada Majlis Temu Anwar dan Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Universiti UCSI, di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, tidak timbul isu bubar – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan setakat ini tidak timbul sebarang isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan katanya keputusan tersebut juga seperti mana titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam pertemuan bersama semalam.

“Permintaan baginda supaya Menteri Besar menjalankan tugas (seperti biasa) demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat.

“Setakat ini, tidak timbul lagi isu bubar. Setakat saya bincang, dan pandangan nasihat Tuanku Muhriz, baginda minta jalan terus sementara proses yang lain itu dijalankan ikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Temu Anwar dan Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Universiti UCSI, di sini hari ini.

Menurut beliau, kemelut yang berlaku bukan berpunca daripada kerajaan negeri atau Menteri Besar, sebaliknya melibatkan tafsiran terhadap undang-undang negeri yang turut berkait dengan institusi diraja dan Undang Yang Empat kepada undang-undang negeri.

Katanya, perkara itu berada di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati serta bijaksana.

“Kita beri ruang untuk semua pihak berunding dengan baik. Sekarang bukan masa untuk berebut dan menikam,” tegasnya.

Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN