PETALING JAYA – Pengusaha pengangkutan bas termasuk persiaran, ekspres dan bas sekolah berdepan kesukaran untuk mendapatkan pemandu berkelayakan sejak sekian lama dengan kebanyakannya hanya mempunyai lesen memandu sahaja. Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP), Wan Shairi Wan Ahmad berkata, kemuncak kepada masalah ini sewaktu pandemik Covid-19 yang mana ada pemandu bas telah meninggal dunia, berhenti berkhidmat serta menukar kerjaya membawa e-hailing termasuk bersara. “Sekarang proses mencari pemandu sangat sulit dan ada beberapa syarikat menggunakan pemandu……














