fbpx
Trump berucap semasa sidang akhbar di White House, Washington, DC semalam. - AFP

Penembak acara gala bertindak bersendirian – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa suspek di sebalik insiden tembakan di majlis gala media di Washington dipercayai merupakan pembunuh upahan serta menambah, lelaki itu dilengkapi pelbagai senjata.

“Suspek meluru melepasi pusat pemeriksaan keselamatan,” kata Trump pada taklimat akhbar di White House.

“Seorang pegawai ditembak tetapi terselamat kerana dia memakai jaket kalis peluru yang sangat baik.

“Kami melihat semua keadaan yang berlaku malam ini, dan saya akan katakan bahawa ia bukan bangunan yang sangat selamat,” tambah Trump.

Ujarnya, beliau percaya bahawa suspek penembak yang menyerbu makan malam bersama wartawan White House bertindak secara bersendirian.

“Pada pendapat saya, dia bertindak bersendirian,” kata Trump sambil menambah, beliau merasakan tiada sebab untuk mempercayai serangan itu berkaitan dengan perang di Iran. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN