fbpx
PENGUAT kuasa KPDN memeriksa tong biru yang digunakan suspek untuk mengisi diesel semalam. - FOTO IHSAN KPDN

Nelayan guna ‘fleet card’ keluarga beli diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Tindakan seorang nelayan menggunakan ‘fleet card’ dipercayai milik ahli keluarganya membawa padah apabila dia ditahan dalam Op Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Guar Chempedak, dekat sini semalam.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 kira-kira pukul 9 pagi ketika sedang mengisi 150 liter diesel ke dalam sebuah tong.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, tong berwarna biru itu berada di bahagian belakang lori bertutup kanvas.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit membuat pengisian sebanyak 150 liter diesel ke dalam tong berwarna biru tanpa memiliki permit khas.

“Dia juga didapati menggunakan fleet card Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) dipercayai milik ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, lelaki terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Guar Chempedak untuk serahan kes kepada KPDN negeri.

“Diesel berkenaan dipercayai mahu digunakan untuk kegunaan bot. Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50,880,” ujarnya.

Tambahnya, kes tangkapan diserahkan kepada KPDN Alor Setar untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN