fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir landa KL, Pahang dan Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat adalah Pahang (Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Selain itu, hujan lebat turut diramalkan melanda Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).

Manakala di Sabah, hujan lebat melibatkan kawasan di Tawau (Tawau).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN