fbpx
Tangkap layar kejadian kemalangan tular di Petaling Jaya, semalam.

[VIDEO] 2 cedera, motosikal ubah lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis mengesahkan satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta seperti tular di media sosial yang berlaku di Jalan 16/11, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, nahas dipercayai berlaku pada pukul 7.10 pagi ketika motosikal dinaiki dua individu yang berada di lorong kiri menukar laluan ke kanan secara mengejut.

“Akibat jarak yang terlalu hampir, sebuah kereta yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang motosikal tersebut. Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta iaitu wanita tempatan memberikan bantuan awal sebelum mangsa dibawa ke klinik berhampiran. Pemandu itu turut hadir ke balai polis untuk membuat laporan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(1) Akta Pengangkutan Jalan 1959.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memandu secara berbahaya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN