fbpx
Tangkap layar televisyen litar tertutup (CCTV) berkenaan dua wanita mencuri kasut dan selipar di pangsapuri, Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat semalam.

‘Kasihan miskin’ – Dua wanita kantoi rembat kasut, selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Adegan dua wanita yang terakam televisyen litar tertutup (CCTV) mencuri kasut serta selipar di sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat mengundang rasa berang orang ramai.

Menerusi satu video rakaman CCTV berdurasi 51 saat yang dikongsikan @deebtyy di Threads semalam, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi di kawasan rumahnya.

Dua wanita tersebut dilihat sedang menuruni tangga blok berkenaan sebelum berhenti di rak kasut di hadapan sebuah rumah lalu bertindak mengambil sepasang selipar dan memasukkan ke dalam beg plastik yang dibawanya.

“Pagi-pagi selipar aku dah hilang, dah lah aku beli mahal. Ini kacip ke pagi-pagi dah rembat selipar dan kasut rumah orang. Bukan satu lorong sahaja dia rembat tapi lorong lain pun dia naik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menganggap tindakan tersebut sebagai melampau dan memalukan.

Seorang pengguna yang tinggal di kawasan berdekatan meluahkan rasa takut sekiranya suspek cuba untuk melakukan aktiviti mencuri selipar ini di rumahnya.

“Kasihan miskin,” kata pengguna @shera.yaya.

“Alat solek boleh beli tapi selipar tak boleh beli. Doa kaki dia kejang sampai dia pulang balik selipar itu,” kata pula pengguna @haifa_farah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN