fbpx
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir diiringi Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar tiba di perkarangan bangunan DUN Negeri Sembilan bagi Istiadat Pembukaan Sidang Dun hari ini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Istiadat pembukaan Sidang DUN dirasmikan Tuanku Muhriz berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Istiadat Pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 hari ini berjalan lancar

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tiba di bangunan DUN kira-kira pukul 9.35 pagi diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Tuanku Muhriz kemudian memeriksa barisan kawalan keselamatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Syed Sirajuddin Gemas.

Sebaik selesai upacara perbarisan itu, Tuanku Muhriz kemudian memasuki dewan DUN untuk atur cara berikutnya, iaitu titah diraja.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadual berlangsung selamat empat hari bermula hari ini sebelum disambung semula pada 27 April ini.

Negeri Sembilan mempunyai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdahulu, lebih 100 individu hadir menyatakan sokongan kepada Tuanku Muhriz dengan berhimpun di luar Istana Hinggap dan menyerahkan memorandum sokongan kepada baginda dan Aminuddin.

Ketua Sekretariat Sokongan dan Taat Setia Kepada Yang Di-Pertuan Besar dan Menteri Besar, Profesor Dr. Mohd. Aluwi Sari telah menyerahkan memorandum itu kepada Tunku Kecil Muda, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin di hadapan Istana Hinggap pada pukul 8.45 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN