fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai mengepung kereta dipandu oleh pengetua sekolah itu. - Instagram

Pengetua dikepung, selamba lalu jalan baru diturap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pengetua sekolah di Serang, wilayah Banten diserang penduduk tempatan kerana melalui jalan yang baru diturap dan masih belum kering, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Cinangka, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jpradarkudus menunjukkan orang ramai mengepung kereta yang dipandu pengetua terbabit lalu memarahinya.

Selain dimarahi, pengetua itu juga hampir dipukul.

Situasi itu tercetus selepas dia meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan bahan bancuhan jalan yang masih belum kering.

Rakaman itu mencatatkan lebih 9,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Pengetua tiada adab,” kata seorang netizen.

“Kementerian harus periksa pengetua itu!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN