fbpx
Siew Ki ketika sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor di DUN Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

ADUN DAP mohon babi diternak semula di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cadangan supaya penternakan babi dibenarkan semula di Selangor kembali mencetus perhatian apabila ia dilihat bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini tidak berkenan aktiviti itu tidak lagi dibenarkan di negeri ini.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor.

Menurut Siew Ki dari DAP, penternakan babi sepatutnya tidak dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama.
“Mengenai isu penternakan babi, dalam titah ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ‘Ampun Tuanku’ menyembah bahawa isu ini menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Pertenakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan yang lain.

“Risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti penternakan haiwan yang lain,” katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Siew Ki berkata, isu babi telah dijadikan sebagai isu politik yang dimainkan pelbagai pihak termasuk ahli politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN