fbpx
Trump berucap di White House di Washington, DC semalam. - AFP 

Trump lanjutkan gencatan senjata dengan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Ameriks Syarikat (AS), Donald Trump melanjutkan gencatan senjata dengan Iran atas permintaan daripada Pakistan, sementara menunggu cadangan perjanjian dari Republik Islam itu, lapor portal berita Arab News. 

Keputusan itu dibuat ketika rundingan pusingan akhir antara AS dan Iran kelihatan tidak menentu dan tarikh akhir gencatan senjata selama dua minggu tamat hari ini. 

Terdahulu, White House menangguhkan perjalanan Naib Presiden, JD Vance ke Islamabad untuk pusingan kedua rundingan berikutan penolakan Tehran untuk mengadakan rundingan lanjut.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump menegaskan, tentera AS akan meneruskan sekatan di pelabuhan-pelabuhan Iran.

Kedua-dua negara memberi amaran bahawa tanpa perjanjian, mereka bersedia untuk menyambung semula pertempuran. 

Barisan pemimpin Pakistan termasuk Perdana Menteri Shehbaz Sharif, berusaha keras agar kedua-dua pihak bersetuju untuk pusingan kedua rundingan gencatan senjata, demikian menurut dua pegawai yang enggan identitinya didedahkan. 

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei berkata, ‘tiada keputusan akhir’ sama ada untuk hadir ke meja rundingan susulan ‘tindakan yang tidak boleh diterima’ oleh AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN