fbpx
Anggota polis membawa suspek yang merupakan seorang suri rumah untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Gua Musang, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

M16 dalam rumah: Suami enggan pulang, isteri kena reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang suri rumah yang ditahan dalam operasi bersepadu mendedahkan lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 dan peluru yang dijumpai di sebuah rumah di Kampung Miak di sini semalam adalah milik suaminya.

Wanita itu ditahan dalam operasi pada pukul 6.45 petang oleh sepasukan pegawai Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Perhutanan Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gua Musang

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil soal siasat, wanita berusia 32 tahun itu memaklumkan mereka baru tinggal di rumah tersebut selama empat bulan.

“Sebelum ini, dia mendakwa tinggal bersama keluarganya di Batu Balai, Kuala Krai. Wanita itu turut memaklumkan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai senjata api tersebut.

“Suspek menghubungi suaminya, namun lelaki itu enggan pulang ke rumah walaupun diminta berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ahmad Radzi berkata, semakan mendapati, wanita itu tidak memiliki rekod jenayah dan ujian saringan air kencing turut mendapati wanita itu bebas dadah.

Katanya, senjata api dan peluru yang bernilai RM24,875 dirampas untuk siasatan. Siasatan lanjut termasuk pekerjaan dan motif pemilikan senjata api masih dalam siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gua Musang.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang suri rumah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan lima laras senjata api termasuk raifal M16 dalam serbuan di Kampung Miak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN