TAMPIN – Hujan lebat sejak pukul 4 pagi tadi di daerah ini menyebabkan 14 kediaman di dua penempatan dinaiki banjir bermula pukul 9.30 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin Mohd Fadhil Hassan berkata, dua rumah di Kampung Tengah, Gemencheh dinaiki air, manakala beberapa kediaman lagi dikenali pasti di Taman Impian.
“Terdapat kira-kira 12 buah rumah terputus hubungan apabila air sungai melimpah di atas jalan. Bagaimanapun, hujan mulai berhenti pukul 11 pagi dan menunjukkan trend penurunan air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE














