fbpx
JOHARI ketika dihadapakan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, Batu Pahat hari ini.

Masuk penjara gara-gara ayat ‘aku nak sembelih satu keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang bapa tunggal dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Yong Peng di sini hari ini kerana mengugut mahu menyembelih ibu kandung serta menyimpan kabel curi.

Majistret Arun Noval Dass membuat keputusan itu selepas tertuduh, Johari Ramlan, 36, yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan pertama, Johari didakwa menakutkan secara jenayah dengan kata-kata ‘mak, malam ini anak beranak habis saya sembelih’ terhadap ibu kandungnya yang berusia 74 tahun.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kelichap, Senggarang di sini pada pukul 9 pagi, 2 April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa memiliki dawai tembaga yang dicuri di sebuah rumah terbiar di Jalan Sungai Suluh Besar, Senggarang pada pukul 3.20 petang, 17 April lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM1,000.

Menurut fakta kes, semasa berada di rumah, tertuduh mengugut ibunya kerana tidak berpuas hati dengan wanita terbabit dengan melontarkan kata-kata ‘aku nak sembelih satu keluarga’ sehingga menyebabkan mangsa ketakutan.

Siasatan mendapati tertuduh bertindak demikian kerana marah selepas ibunya tidak membenarkannya menggunakan telefon. Malah, kejadian turut disaksikan kakak ipar sebelum ibunya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN