KUALA KRAI – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak di sini hari ini.
Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 6.45 petang menerusi Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan negeri Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan membawa kepada rampasan lima laras senjata api pelbagai jenis temasuk raifal M16
“Suspek dan kesemua senjata api itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














