fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highlands.

Cameron Highlands dilanda banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian banjir lumpur dilaporkan berlaku di kawasan peranginan Ringlet, Cameron Highlands susulan hujan lebat yang melanda lokasi berkenaan, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna dikenali sebagai @farah.ilyanaa, dia berkongsi video keadaan jalan yang dipenuhi air berwarna coklat seperti ‘teh tarik’ sehingga menenggelamkan sebahagian laluan dan menghalang pergerakan kenderaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di kawasan Ringlet dan bukannya di Brinchang atau Tanah Rata seperti yang disangka sesetengah pengguna media sosial.

“Baru sembang dengan mak cik aku tadi pasal Cameron Highlands banjir. Noh sekali banjir lumpur terus.

“Hujan baru berhenti. Banjir tu kat Ringlet. Jauh dari bandar Tanah Rata dgn Brinchang. Siapa yg nak naik hati-hati ok musim hujan ni. Cameron hujan lebat tadi,” katanya di ruangan komen.

Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan situasi berkenaan, selain ada yang berterima kasih atas perkongsian maklumat tersebut kerana memudahkan orang ramai yang mahu ke Cameron Highlands merancang perjalanan.

Malah, ada juga pengguna media sosial mengaitkan kejadian itu dengan faktor pembangunan yang didakwa tidak terkawal sehingga berisiko menjejaskan alam sekitar dan memperburuk keadaan ketika musim hujan.

“Risau pula nak naik ke sana hujung minggu ni sebab hampir setiap petang hujan,” komen Iera.

“Apa nak buat. Pembanggunan tak ikut prosedur dan peraturan. Jadinya alam rosak dan boleh jadi lebih parah,” komen Farah pula. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN