fbpx
BEKAS guru tari profesional, Linda Jasmine ambil pendekatan mengunci mulut saat diminta menjelaskan spekulasi punca perceraiannya dengan pelakon Que Haidar yang dikatakan demi menjauhkan anak-anak dengan kejahatan seperti dicetuskannya sebelum ini.

Que Haidar? saya tahu ‘no comment’ – Linda Jasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Guru tari profesional Linda Jasmine memilih pendirian untuk mengunci mulut berhubung kenyataannya yang memberi bayangan perceraian dengan bekas suami yang juga aktor Que Haidar disebabkan mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.

Menurut Linda, dia hanya mahu memberi fokus penuh terhadap program Talk To My Manager 2 (TTMM2) merangkap pengurus kepada anaknya, Tengku Ratu Haidar berbanding isu peribadi.

“Tak apa, tiada nak komen apa-apa. Cuma tentang Talk To My Manager saja,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu pertama TTMM2 di sini, malam tadi.

Bekas pengajar tari Akademi Fantasia itu juga tetap memberi respons sama apabila ditanya sama ada terbuka menerima kehadiran Que bagi memberikan sokongan kepada Ratu pada konsert mingguan TTMM2 seterusnya.

“Saya tak tahu, ‘no comment’,” katanya lagi.

Sebelum ini, Linda mencuri perhatian apabila meninggalkan komen dalam media sosial dengan memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN