JOHOR BAHRU – Sebanyak 53 laluan tikus di sepanjang perairan negeri ini dipercayai menjadi pintu keluar masuk utama sindiket penyeludupan migran dari Indonesia ke Malaysia. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahman Arsad berkata, daripada jumlah tersebut kira-kira 20 laluan dikenal pasti sebagai ‘titik panas’ yang paling aktif digunakan sindiket. Menurutnya, antara kawasan yang sering menjadi tumpuan kegiatan itu ialah Pontian, Kukup, Sungai Rengit, Minyak Beku, Parit Jawa, Sungai Pulai, Punggai, Pontian Besar, Sungai Balang dan Tanjung Piai. “Selain itu, terdapat…














