fbpx
TANGKAP layar klip video memaparkan kejadian kebakaran yang turut tular di media sosial.

[VIDEO] 200 tetamu rumah terbuka panik belukar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kira-kira 200 tetamu yang menghadiri sebuah rumah terbuka Aidilfitri di Taman Balai Panjang Murni, di sini berdepan detik cemas apabila kebakaran belukar berlaku berhampiran kediaman itu malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika para tetamu sedang menikmati juadah sebelum api dilihat marak dari kawasan belukar berhampiran rumah berkenaan.

Menurut pemilik kediaman, Mohd. Zali Abu, 48, pada awalnya orang ramai yang berada di lokasi cuba memadamkan kebakaran menggunakan air, namun usaha itu gagal kerana api semakin marak.

“Keadaan agak cemas sebab api cepat merebak, tambahan pula ramai tetamu berada di kawasan rumah terbuka ketika itu.

“Beberapa individu kemudian mendapatkan alat pemadam api sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian,” katanya.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan keadaan kembali terkawal selepas api berjaya dipadamkan.

Ujarnya lagi, punca sebenar kebakaran bagaimanapun masih belum dapat dipastikan, namun dipercayai berkemungkinan disebabkan cuaca panas ketika ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN